Assalamualaikum. .
InsyaAllah sekarang CT akan kongsi karya kedua CT pulak . Harap bermanfaat kepada pelawat semua . .
CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN PEWARIS UMMAH
Remaja merupakan pewaris tampuk
kepimpinan negara dan agama. Bijak pandai ada berkata, sekiranya kita hendak melihat
kepimpinan masa hadapan, lihatlah remaja yang ada pada masa ini. Namun,dalam menempuh dunia milennium yang sarat dengan
dugaan,remaja yang unggul,berwawasan dan mempunyai nilai insaniah yang syumul
sangat pokok dalam membangunkan agama dan negara. Malahan,darah muda inilah
yang akan menjadi tulang belakang agama dan negara seterusnya bakal mewarisi
tampuk kepimpinan negara kelak.Namun, malangnya, aset utama negara iaitu remaja, kian
musnah dek kerana budaya kuning yang durjana. Sugguhpun begitu, Malaysia masih
mempunyai permata berkualiti untuk dijadikan idola contohnya, para peserta Imam
Muda yang sangat berkaliber dari segi semua aspek. Persoalannya,apakah
ciri-ciri remaja yang boleh dikategorikan sebagai remaja yang berwawasan?
Ciri-ciri yang paling
ruji yang perlu ada dalam diri remaja yang berwawasan ialah para remaja
haruskan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Seperti yang dinyatakan dalam 10
muasafat tarbiyah iaitu seorang muslim yang unggul haruslah mempunyai fikiran
yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri). Para remaja bukan sahaja harus
mendalami ilmu duniawi,malah perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya
mampu menceritakan kepada orang lain. Tetapi perlu diingat! Ilmu keagamaan
tersebut berlandaskan al-quran dan hadis dan diterangkan secara jelas oleh para
ulama’. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba
ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan
melalui internet,menyertai usrah kumpulan mahupun melibatkan diri dalam kem-kem
motivasi seperti Kem Minda Kreatif(KMK) yang dianjurkan oleh KeARAH HALUAN.
Impaknya,para remaja tidak akan digelar katak di bawah tempurung dan tidak alpa
dengan dunia yang penuh pancaroba ini. Tegasnya,remaja yang berwawasan akan
sentiasa dahagakan ilmu kerana mereka menganggap ilmu itu ibarat lautan yang
tiada penghujungnya.
Seterusnya,seperti
yang dinyatakan dalam 10 muasafat tarbiyah juga,seorang remaja yang berwawasan
juga mestilah mestilah mempunyai akhlak yang mantap(Matinul Khuluq) iaitu akhlak yang dianjurkan oleh
Al-quran dan Nabi Muhammad S.A.W.
Lihat saja,cuba kita bandingkan
remaja yang mempunyai ilmu agama yang kukuh dengan yang tidak berpegang teguh
kepada tiang agama sudah tentu remaja yang berpegang teguh kepada agama lebih
berwawasan kerana remaja tersebut sudah pasti tidak akan terjebak dalam kemelut
sosial yang mementingkan duniawi semata-mata serta berusaha untuk mencegah
dirinya daripada melakukan kemungkaran. Cara untuk menerapkan akhlak yang
mantap dalam diri remaja tidak lain tidak bukan melalui kesempurnaan solat.
Sudah dinyatakan di dalam Al-quran bahawa solat mencerminkan keperibadian
seseorang muslim. Oleh sebab
itu, aspek agama tidak seharusnya dipandang ringan dalam meniti arus kemodenan
ini. Tuntasnya, remaja yang berwawasan haruslah mempunyai pegangan agama yang
teguh sebagai benteng dalam kehidupan dan pendidikan agama haruslah
diparaktikkan kepada anak-anak melalui ibu bapa sejak dari kecil lagi bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain
itu,seorang remaja pewaris ummah yang berwawasan juga sepatutnya seorang yang
kental dan gigih berusaha untuk menggapai menara kejayaan. Semasa
melakukan aktiviti atau ketika menuntut ilmu tidak dapat dinafikan akan wujud
halangan tertentu seperti sukar mempelajari sesuatu perkara, masalah kewangan,
kurang dorongan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Remaja
yang berdedikasi tidak akan mudah mengalah meskipun hujan dan badai menimpa ke
atas dirinya jika ingin ke puncak kejayaan. Hal ini demikian kerana,remaja yang
kental dan gigih dituntut dalam Islam kerana merekalah yang akan membela Islam
pada masa yang akan datang apabila para kafir laknatullah memberi asakan yang bertubi-tubi untuk menjatuhkan agama
Islam! Oleh itu,sudah tentulah budaya
pesimistik dan culas perlu dikikis serta
dibuang jauh untuk mencapai kejayaan. Caranya ialah melalui membiasakan diri
melakukan aktiviti lasak,melazimkan diri bercakap di khalayak ramai dan tidak
malu untuk menyuarakan pendapat. Ya! Saya tahu malu itu sebahagian daripada
iman,tetapi malu yang dimaksudkan itu bukanlah termasuk dalam konteks seperti
ini. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah dan Rasul jika melakukan
dosa. Dengan ini,jelaslah
bahawa, gigih berusaha merupakan ciri yang signifikan dalam melahirkan remaja
yang berwawasan bak kata pepatah, “berakit-rakit ke hulu,berenang-renang kita
ketepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.
“Syurga
anak terletak di bawah telapak kaki ibu”. Perumpamaan melayu tersebut sudah
cukup untuk menggambarkan betapa agungnya kasih sayang seorang ibu kepada
anak-anak. Justeru itu,seorang remaja yang berwawasan akan sentiasa memohon
restu daripada ibu dan ayahnya jika ingin mengerjakan sesuatu. Jika
tidak,segala amal jariah yang dikerjakan olehnya bolehlah dikiaskan sebagai
mencurah air ke daun keladi kerana Allah SWT tidak menerima apa-apa sahaja tanpa
restu daripada kedua-dua orang tua kita. Tidak dikecualikan,remaja yang
berwawasan juga akan sentiasa menghormati guru mereka kerana guru merupakan insan yang sering diberi perumpamaan ibarat lilin
yang membakar diri dalam memberikan kita ilmu serta dorongan dalam usaha kita
mencapai kejayaan. Selain itu,guru merupakan ibu bapa kedua kita jika
berada di sekolah. Tanpa mereka, mungkin kita tidak akan tahu membaca dan
mengira. Justeru itu, istilah ‘biadap’ atau ‘kurang ajar’ tidak sewajarnya
wujud dalam kamus hidup para remaja dalam era modenasasi kerana mereka merupakan golongan yang berpendidikan dan seharusnya
memiliki intelek yang matang. Oleh yang demikian,untuk menjadi remaja yang
berwawasan,bukan sahaj aspek luaran perlu dititikberatkan bahkan aspek dalaman
juga perlu diambil serius.
Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk
menggambarkan kewibawaan seseorang remaja untuk penjadi pewaris ummah. Justeru
itulah,remaja yang merupakan bakal
tunjang utama tapuk kepimpinan negara pada masa hadapan haruslah dibentuk sejak
awal lagi. Dalam konteks ini,semua pihak haruslah bekerjasama memainkan peranan
masing-masing
bak kata pepatah seikat bagai sirih,serumpun bagai serai dalam usaha melahirkan
lebih ramai remaja yang berwawasan agar Wawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan
dengan jayanya. Selain itu,remaja itu sendiri haruslah berusaha
untuk membentuk jati diri mereka untuk menjadi orang yang berguna kerana
merekalah yang akan membimbing negara dalam mencapai arus kegemilangan kelak
agar agama
dan negara kita setanding dengan negara maju yang lain persis mutiara kata
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan