Ahad, 31 Mac 2013

KOMPUER ANTIK ... =)

Assalamualaikum ..

Sekarang Tiqah nak share something dengan anda semua ... sbenarnya ini hanyalah tugasan drpd Cg Suria merangkap guru ICT kelas Tiqah ... kami sekelas ditugaskan untuk mengumpul maklumat tentang komputer lama sebanyak yang mungkin ... Berikut adalah antara maklumat tang dapat saya peroleh daripada internet ...

komputer ini dicipta semasa generasi pertama iaitu selepas terjadinya Perang Dunia ke-2 ....negara-negara yang terlibat dalam perang tersebut berusaha mengembangkan komputer untuk mengeksploit potensi strategis yang dimiliki komputer




Komputer itu dicipta oleh rakan Jobs, Steve Wozniak

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2PB6WzpFP Hakcipta terpelihara 


 Steampunk Komputer Old Time Computer- Komputer kuno yang menggunakan banyak kayu, ukuran yang baik, bentuk yang dan dengan kuningan untuk mendapatkan effects yang  bagus. Konsep Komputer Steampunk ini didesain khusus untuk para pecinta seni

ini pula laptop lama ... zaman sekarang memang kita tak jumpa dah komputer macam nie .... =)


okeylah ... tu jer yang Tiqah jumpa ... maaf bebanyak kalau x dapat memuaskan hati pelawat blog Tiqah ... wassalam

Jumaat, 29 Mac 2013

PENGEMBARAAN DI MASA HADAPAN




 “Kring !!!! Loceng  pertama berbunyi menandakan waktu rehat pertama telah bermula. Semua pelajar Sekolah Tinggi Agama Melor telah bersedia dengan duit poket masing-masing menuju ke Cafeteria STAM untuk mengisi perut masing-masing.Faezah, Mahfuzah dan Najah yang berada di kelas 2 Ibnu sina tidak ketinggalan untuk menikmati sajian. Sesampainya tiga sekawan ke kantin sekolah , Faezah termenung seketika.
“Saya geram betullah! Kenapa pihak sekolah hanya memperuntukkan 20 minit kepada pelajar rehat. Awak tengoklah , nak jalan ke kantin dah 5 minit,nak beratur sampai  5 minit, belum termasuk dengan beratur beli minuman, nak cari tempat duduk , nak makan, nak jalan balik ke kelas … memang rushing !!!” rungut Faezah yang sememangnya tidak berpuas hati sejak dia mendaftar Tingkatan 1 di STAM.
“Sabar saja lah Tahz , bak kata orang tua-tua ‘dimana bumi berpijak di situ langit di junjung ‘. Dah kita datang sini nak menuntut ilmu, biar parents kita happy,itu matlamat kita,bukannya datang sini nak makan”. Fuzah cuba menenangkan rakannya yang selesa disapa Tahz.
“Sudahlah, jom kita pergi beratur ,Tahz, awak tolong tanda tempat untuk saya dan Tahz,awak nak beli apa ? Nanti saya tolong belikan.”, Najah memberi arahan. “Tak usahlah Najah, saya hilang selera nak makan,awak bedua pergilah beratur,nanti bertambah pula orangnya.”
Setelah selesai menjamu selera. Mereka menuju ke kelas. Proses PMP bejalan seperti biasa. Setelah loceng pulang dibunyikan, semua pelajar STAM dikehendaki bergerak ke musalla sekolah untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Selepas itu, semua pelajar dibenarkan pulang.
Setelah menunaikan solat Isyak dan menyalin jadual,Faezah menuju ke kamarnya untuk tidur. Sementara menanti matanya terlelap, Faezah membayangkan keadaan sekelilingnya pada masa hadapan. Dia menbayangkan dia mempunyai pembantu rumah robot. Akhirnya Faezah terlelap bersama angan-angannya.

“Cik muda!Cik Muda! Bangun, Cik dah terlewat untuk ke sekolah. DriverBot sudah bersedia untuk menghantar Cik.” Faezah segera menuju ke bilik air. Apabila dia memasuki bilik air di rumahnya,alangkah terkejutnya apabila tandas di rumah sudah berubah seratus peratus! Bilik di rumahnya dilengkapi dengan pemanas air yang menyesuaikan suhunya mengikut suhu sekeliling,tab mandinya dilengkapi dengan haruman aroma terapi yang sungguh menenangkan. Lantai pula akan kering serta merta  apabila terkena air bagi mengelakkan daripada lantai licin. Faezah terpegun kerana pada masa itu tiada lagi air yang sejuk tahap ‘dewa’ pada waktu pagi,tiada lagikolah yang penuh dengan jentik-jentik dan tiada lagi lantai licin. Semuanya sudah cukup sempurna baginya.
Setelah selesai mandi, satu lagi kejutan buatnya kerana bilik tidurnya sangat luas dan sudah rapi. Di biliknya juga terdapat televisyen yang berteknologi cahaya,permainan video yang canggih dan yang paling membuat Faezah teruja ialah telepon bimbitnya yang dulu hanya telefon Samsung yang berharga RM50 ringgit, kini telah bertukar menjadi telefon berkaca sentuh yang sangat canggih.
Selepas itu, Faezah membuka almarinya. Alangkah terkejutnya Faezah apabila mendapati semua bajunya sudah bergosok. Pakaian seragam sekolahnya juga telah berubah. Jika dahulu pakaian seragamnya hanya baju kurung,tetapi sekarang pakaian seragamnya ialah kemeja berlengan panjang dipadankan dengan skirt labuh. Faezah menyarung seragamnya dengan penuh keyakinan. Setelah menikmati sarapan ,Faezah hanya membawa sebuah Ipad berkaca sentuh bersama satu cip. Dia menuju ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta berkuasa tinggi yang menggunakan  teknologi solar dan dipandu oleh DriverBot yang cekap.
******************************************************************************
Sesampainya Faezah di Sekolah Tinggi Agama Melor,dia begitu terpesona melihat keadaan di sekolahnya. Tiba-tiba datang Mahfuzah dan Najah menegurnya .
“Amboi, awalnya awak datang hari ni Tahz. Mimpi apa semalam? Sampai bangun lewat? “
“Errrr. Tak ada apa-apa. Cuma semalam kan banyak kerja sekolah.” Faezah cuba memberi alas an.  
“Kerja sekolah apanya Cik Tahz … awak ingat kita ni berada pada zaman 2013 ke??” omel Najah.
“Habis tu kita berada pada zaman apa sekarang? “ Faezah yang masih bingung bertanya lebih lanjut.
“Awak ni memang betul-betul dah demam, MaidBot awak tidak beri kan ubat ke? Untuk pengetahuan awak kita sekarang sudah berada di tahun 2060. Zaman teknologi dan it. Faham?”
‘Apa? Biar betul? Rasanya aku tidur semalam masih lagi tahun 2013? Apa yang sudah jadi?’ berbagai-bagai persoalan bermain di benak fikiran Faezah .
“Astagfirullahhalazim , termenung pula budak ni !” Fuzah dan Najah berkata serentak.
“0h,maafkan saya. Hehe ,jom pergi ke kelas ! Faezah segera menuju ke blok kelasnya. Tetapi dia hairan kenapa blok itu tiada orang. Faezah menoleh ke belakang dan melihat kedua-dua rakannya sedang menggeleng-geleng kepala sambil memegang kerusi yang kelihatan sangat canggih. Faezah meluru ke arah mereka lalu berkata “Kenapa awak berdua duduk tercegat dekat situ,jomlah masuk kelas! Dah lewat ni”. “Awak ni kenapa? Awak nak tinggal kerusi terbang awak tu? Pergilah ambil,kelas kita berada di tingkat 19 tau tak?”
“Err, betul ke? Hehe, sekarang pergi ambil. Tunggu ya.” Faezah mendapatkan kerusi terbang nya lalu masuk ke dalamnya. Dia menekan butang ‘close window’ , selepas itu dia memilih 2 Ibnu Sina sebagai destinasinya. Kerusi itu bergerak secara automatik ke destinasi yang dipilih.
Sesi PMP berjalan dengan penuh luar biasa. Kesemua subjek diajar dengan menggunakan Ipad dan satu cip kecil. Para pelajar sudah tidak perlu membawa buku yang berat,mereka hanya perlu membawa sebuah Ipad yang canggih bersama denga cip untuk belajar.
******************************************************************************
“Waktu rehat sudah bermula,recess session is beginning” pengumuman dibuat. Faezah dan rakan-rakannya sudah bersedia bersama kerusi terbang masing-masing menuju ke kantin. Pada tahun 2060, nama kantin STAM sudah ditukar kepada Kefeteria STAM. Kafe tersebut menggunakan khidmat robot. Apabila pelajar sampai kem kantin, mereka hanya perlu duduk di kerusi yang sangat selesa dan memesan makanan kepada MealBot yang ada. Makanan yang dipesan akan sampai ke meja mereka hanya dalam 2 minit!
Setelah selesai menikmati hidangan yang dipesan, Faezah mengajak rakan-rakannya bersiar-siar di kawasan sekitar sekolah dengan menaiki kerusi terbang bagi menghabiskan baki 10 minit masa rehat. Faezah melihat sepasang kekasih sedang memadu asmara,tiba-tiba datang sebuah robot yang gayanya berkopiah membawa pasangan tersebut berjumpa dengan guru disiplin. Faezah  bangga kerana ada manusia yang telah mencipta satu robot untuk mencegah zina. Faezah dan rakan-rakannya kembali kelas untuk belajar.

******************************************************************************
Setelah menunaikan solat Zuhur berjemaah di Musolla STAM , Faezah menuju ke keretanya yang dipandu oleh DriverBot. Di sepanjang perjalanan pulang,Faezah melihat keadaan sekeliling yang sudah banyak berubah. Apa yang membanggakan Faezah ialah pokok-pokok hijau yang membekalkan oksigen kepada manusia banyak banyak ditanam di sepanjang jalan meskipun pembangunan pesat dijalankan .
“Cik Muda, apa yang Cik termenungkan itu? Bot rasa dari pagi tadi Cik selalu termenung. Cik ada masalah ke?” DriverBot sangat bijak berkata-kata.
“Tak ada apa-apa lah Bot. Cuma saya bersyukur kerana diberi pelung untuk melihat sendiri suasana pada zaman ini. Sebenarnya,saya datang dari tahun 2013. Pada zaman itu, belum ada robot,Malaysia dalam proses pembangunan,sangat jauh berbeza dari sekarang. Saya diberi keistimewaan untuk melangkaui masa. Mungkin cerita saya tidak masukm akal tapi itulah hakikatnya.” Luah Faezah.
“Cik Muda sepatutnya berbangga, susah untuk mendapatkan peluang sebegitu.”DriverBot membalas.
Setibanya di rumah,Faezah disambut oleh MaidBot di hadapan rumahnya. Faezah disajikan dengan makanan tengah hari yang sungguh lazat.
Sesudah makan tengah hari, Faezah masuk ke dalam biliknya. Faezah meneliti segenap inci biliknya. Pandangnnya terhenti pada satu bingkai gambar dia bersama keluarganya sedang tersenyum gembira berlatarbelakangkan satu pemandangan yang Faezah tidak tau di mana.
“Maidbot! Datang sini sekejap!” Faezah memanggil robot kesayangannya itu.
“Ada apa Cik Muda? Apa yang MaidBot boleh bantu?” tidak sampai seminit MaidBot sudah berada di hadapan matanya.
“Begini MaidBot, saya nak tahu gambar saya bersama dengan keluarga saya ini ketika kami berada di mana. Boleh MaidBot beritahu saya?” Faezah bertanyasambil memegang gambar tersebut.
“Oh, gambar ini rupanya! Gambar ini diambil semasa Cik Muda dan keluarga melancong ke Planet Marikh dua tahun lepas. Cik Muda sudah lupa agaknya.” Jelas MaidBot.
‘Biar betul? Pada masa hadapan manusia boleh melancong ke Planet Marikh dengan mudah?’ getus hati Faezah.
******************************************************************************
Sedar tidak sedar hari sudah malam,Faezah masuk ke dalam biliknya untuk tidur. Apabila dia terlelap, tiba-tiba dia merasakan mukanya basah.
“Adik, bangun dah lewat sangat dah ni. Dah pukul tujuh pagi dah ni. Bangun!!! Dah lah baju belum bergosok, buku belum disimpan, bangun adik!!” kedengaran suara umi berteriak.
‘Eh,kenapa Umi yang kejutkan aku? Mana perginya MaidBot? Bukankah bajuku sudah siap tergosok?’ bermacam-macam soalan bermain di fikiran Faezah.
Faezah segera menuju ke bilik air di rumahnya. Tiba-tiba,
“Gedebukk!” “Aduh, sakitnya! Kenapa lantai ini licin sangat. Bukankah lantai sentiasa kering?”omel Faezah. Dia memerhati di sekeliling tandas. ‘Kenapa tandas jadi sempit? Kenapa air ni sejuk sangat,kenapa lantai ni licin? Mana perginya haruman aroma terapi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?’ Faezah hairan memikirkannya.
Setelah selesai mandi,Faezah bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Semasa menikmati sarapan, Faezah bertanya kepada uminya “Umi, mana perginya MaidBot? Dia rosak ke?”
“MaidBot ? MaidBot tu apa?” Puan Jamaliah kehairanan.
“MaidBot la. Orang gaji robot kita tu.” Jelas Faezah.
“Orang gaji robot apa pula budak ni. Faezah Nur Atiqah yang disayangi, kita sekarang berada tahun 2013. Mana ada robot. Kalau nak tengok robot,kena pergi Jepun dulu. Awak ni mengigau lagi agaknya!” bebel Puan Jamaliah.
Faezah terpana. Baru dia sedar bahawa dia bukan lagi berada pada tahun 2060,sekarang dia berada pada tahun 2013. Faezah tersenyum sendiri.
“Sudah,cepat makan. Ayah dah tunggu kat luar tu.” Teriakan Puan Jamaliah dari dapur mematikan lamunan Faezah. Faezah mendapatkan begnya yang sarat dengan buku.
Di sepanjang perjalanannya, Faezah tidak habis-habis tersenyum sendiri apabila teringat akan pengembaraannya di masa hadapan. Dia berharap pengalaman tersebut akan berulang lagi .
~ TAMAT~


Ahad, 24 Mac 2013

EYE ON JERANTUT

okkeeyy ... skrang Tiqah dah ready nak share dgn kawan2 tntg cuti Tiqah ...







mula2 kami ke Eye-On Jerantut ... tmpat ni bru jer bukak ... Tiqah naik buaian yang boleh pusing tu ... seronok sangat tau ... lpas tu kitaorang ambik gmbar di 'BEBERAPA BUAH NEGARA ' ... tengok jer larr gambar nie



                                                  i love England

                                         
BERGAMBAR sebelum balik

CUTI-CUTI MALAYSIA

Dah lama rasanya tiqah x update blog ... tiqah nie bukannyer jenis orang gila updates ... heheh ... sekarang nim ... tiqah nak kongsi gmbar2 tiqah balik kampung tiqah ...
Kampung tiqah x jauh pon ... dekat jerantut,pahang .. tiqah tau tiqah punyer trip x mnarik pon ...
                                        _posing dulu atas kereta - hahah

By the way ... sbnarnyer kitaorang nak pergi shah alam ... tapi ... x jadi .. x der rezeki kott .. nak wat cam maner ..
Kami bertolak dari rumah kami kira2 pukul 9 pagi .. lami terus bertolak ke kuantan terlebih dahulu untuk menjemput kakak saya yang menuntut di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) ... ini dia  ::


Selepas itu kami bertolak pula ke Jerantut ... kami tiba di sana pada pukul 7.30 petang ... kami menginap di rumah nenek saudara saya ..
Pada keesokannya .. kami sekeluarga menziarahi saudara mara kami yang berdekatan .. selepas itu .. kami menikmati makan tengahari di rumah nenek saudara saya di Kg Paya Rajin .. menu kami ialah gulai patin tempoyak , daging goreng kunyit , budu , ulam-ulaman , sayur petola goreng dan yang paling special prut muda masak air asam .. memang mantap larr ...

Petang pula .. saya mengajak abang kesayangan saya bersiar-siar disekitar Bandar Jerantut .. nak tau ke mana kami pergi ??? tunggu dan tengok x lama lagi !@!

Ahad, 17 Mac 2013

TIPS UNTUK HILANGKAN JERAWAT





# Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.


# Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.


# Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.


# Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. 



# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.

# Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.


# Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.


# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.


# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.

# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.


# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.