Ahad, 27 Oktober 2013

Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar


Korang semua mesti pernah rasa mengantuk di pejabat atau kelas kan? Lagi-lagi kalau malam sebelum tu ada match bola atau kerja banyak, assignment banyak dan tidur tak mencukupi? Nak ke korang tidur di tempat kerja/belajar? Kantoi ngan bos atau cikgu nanti menyusahkan korang je. Ni nak share cara hilangkan rasa mengantuk


67120 wanita mengantuk thumb 300 225 Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar


  1. Hampiri kawasan bercahaya  
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapiMinyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radioMuzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  5. Senaman ringanCara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG KEILMUAN ISLAM

LATAR BELAKANG IBNU KHALDUN
Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami. Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar kepada Khaldun.

Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.

Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun.

Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab.

Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.

Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin.

Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan khatib, menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir.

Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang dinyatakan oleh Toynbee.

Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman. Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi di mana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Beliau membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah am dan sejarah khas.

Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat, tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.


SUMBANGAN OLEH IBNU KHALDUM


1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.

Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).

Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.


2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam

Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan.

Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani.

Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.

Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.

Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.


3. Karya Agung Ibnu Khaldun

Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan. Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah.

Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan. Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat.

Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya ialah:

Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia
Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif
Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah
Bab empat - tentang perkembangan kota-kota  dan negeri-negeri serta cara membezakan antara satu kota dgn kota
Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat
Bab enam - cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan

Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi:

Bahagian asasi - disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial
Bahagian tidak asasi - geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu pengetahuan

Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia.

Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.


4. Pengasas falsafah sejarah

Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan dan pekerjaan mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan secara umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia.

Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.

Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam menentukan sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya.

Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini menunjukkan hubungan secara langsung antara sebab dan akibat.

Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan sejarahnya kecuali mereka yang melanggar hukum Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum alam akan ditentukan Allah.

Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.

Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah:

  • Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab.
  • Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku.
  • Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
  • Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
  
5. Sebagai Budayawan

Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam bersyair.

Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran Ibnu Khaldun dalam bidang syair jelas kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah apabila beliau membahaskan tentang syair Arab.


6. Bapa Ekonomi Islam

Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik.

Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823).

Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking, kerjasama, kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.

Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai memerlukan pengetahuan ekonomi utk memenuhi misinya di ats muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu mengikut ajaran Islam dan mesti memberikan keutamaan kpd kehidupan akhirat.

Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran spt tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting dlm proses pengeluaran.

Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu utk mengawal tahap produktiviti.



KESIMPULAN

Ibnu Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkemuka dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kajian beliau. Beliau sangat disegani oleh sarjana Islam dan Barat.

Buku beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah dianggap sebagai pengasas ilmu kepada masyakarat atau ketamadunan. Selain itu pandangan dan teori-teori yang dikemukakan oleh beliau telah banyak menyumbang kepada masyarakat sehingga ke hari ini.




Ahad, 20 Oktober 2013

Siapakah Ibnu Taimiyah disisi Imam Muktabar?


Pendapat Ulama-ulama tentang Imam Ibnu Taimiyah r.a.h... 

 Imam Ibnu katsir merupakan salah seorang anak muridnya...beliau merupakan seorang yang alim dan Ahli Tafsir yang hebat...Ketika beliau hampir menemui ajalnya, beliau pernah berpesan kepada pengikutnya supaya menanam jenazahnya di sebelah makam gurunya iaitu Imam Taimiyah...Kitab tafsirnya ( Tafsir Ibnu Kastir) diakui seluruh dunia dan dipakai guna oleh ulama-ulama masa kini.. Malah di pengajian penulis di Universiti Al Azhar, doktor Al Azhar juga mnggunakan pandangan imam Ibnu Taimiyah dan tafsir ibnu katsir dan tidak pernah menghina mereka...Ibn Qayim Aljauziyah  juga anak muridnya yang terkenal dan diguna pakai pandangan diseluruh dunia termasuk di Al Azhar ini...Dr yusuf AlQardawi pernah menyatakan bahawa beliau amat mengagumi kepada keilmuan ibnu Taimiyah dan menyatakan bahawa pandangan Ibnu Taimiyah merupakan pandangan yang paling dekat dengan pandangannya...Azzahra, tokoh ilmu yang alim di mesir pernah di war-warkan bahawa beliau amat membenci kepada Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya...tetapi apabila dikaji kitabnya, tidak ada satu pun pendapatnya menyatakan bahawa beliau membencinya..malah beliau menyatakan bahawa beliau amat manyanjungi Imam Ibn Taimiyah...Al-Allamah As-Syaikh Al-Karamy Al-Hambali dalam Kitabnya Al-Kawakib AD-Darary yang disusun khusus mengenai manaqib (pujian terhadap jasa-jasa) Ibnu Taimiyah, berkata: “Banyak sekali imam-imam Islam yang memberikan pujian kepada (Ibnu Taimiyah) ini. Diantaranya: Al-Hafizh Al-Mizzy, Ibnu Daqiq Al-Ied, Abu Hayyan An-Nahwy, Al-Hafizh Ibnu Sayyid An-Nas, Al-Hafizh Az-Zamlakany, Al-Hafidh Adz-Dzahabi dan para imam ulama lain.Al-Hafizh Al-Mizzy mengatakan: “Aku belum pernah melihat orang seperti Ibnu Taimiyah ….. dan belum pernah kulihat ada orang yang lebih berilmu terhadap kitabullah dan sunnah Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam serta lebih ittiba’ dibandingkan beliau.”Al-Qadhi Abu Al-Fath bin Daqiq Al-Ied mengatakan: “Setelah aku berkumpul dengannya, kulihat beliau adalah seseorang yang semua ilmu ada di depan matanya, kapan saja beliau menginginkannya, beliau tinggal mengambilnya, terserah beliau. Dan aku pernah berkata kepadanya: “Aku tidak pernah menyangka akan tercipta manasia seperti anda.”Al-Qadli Ibnu Al-Hariry mengatakan: “Kalau Ibnu Taimiyah bukah Syaikhul Islam, lalu siapa dia ini ?” Syaikh Ahli nahwu, Abu Hayyan An-Nahwi, setelah beliau berkumpul dengan Ibnu Taimiyah berkata: “Belum pernah sepasang mataku melihat orang seperti dia …..” Kemudian melalui bait-bait syairnya, beliau banyak memberikan pujian kepadanya.Penguasaan Ibnu Taimiyah dalam beberapa ilmu sangat sempurna, yakni dalam tafsir, aqidah, hadits, fiqh, bahasa arab dan berbagai cabang ilmu pengetahuan Islam lainnya, hingga beliau melampaui kemampuan para ulama zamannya. Al-‘Allamah Kamaluddin bin Az-Zamlakany (wafat th. 727 H) pernah berkata: “Apakah ia ditanya tentang suatu bidang ilmu, maka siapa pun yang mendengar atau melihat (jawabannya) akan menyangka bahwa dia seolah-olah hanya membidangi ilmu itu, orang pun akan yakin bahwa tidak ada seorangpun yang bisa menandinginya”. Para Fuqaha dari berbagai kalangan, jika duduk bersamanya pasti mereka akan mengambil pelajaran bermanfaat bagi kelengkapan madzhab-madzhab mereka yang sebelumnya belum pernah diketahui. Belum pernah terjadi, ia bisa dipatahkan hujahnya. Beliau tidak pernah berkata tentang suatu cabang ilmu, baik ilmu syariat atau ilmu lain, melainkan dari masing-masing ahli ilmu itu pasti terhenyak. Beliau mempunyai goresan tinta indah, ungkapan-ungkapan, susunan, pembagian kata dan penjelasannya sangat bagus dalam penyusunan buku-buku.”Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (wafat th. 748 H) juga berkata: “Dia adalah lambang kecerdasan dan kecepatan memahami, paling hebat pemahamannya terhadap Al-Kitab was-Sunnah serta perbedaan pendapat, dan lautan dalil naqli. Pada zamannya, beliau adalah satu-satunya baik dalam hal ilmu, zuhud, keberanian, kemurahan, amar ma’ruf, nahi mungkar, dan banyaknya buku-buku yang disusun dan amat menguasai hadits dan fiqh.Pada umurnya yang ke tujuh belas beliau sudah siap mengajar dan berfatwa, amat menonjol dalam bidang tafsir, ilmu ushul dan semua ilmu-ilmu lain, baik pokok-pokoknya maupun cabang-cabangnya, detailnya dan ketelitiannya. Pada sisi lain Adz-Dzahabi mengatakan: “Dia mempunyai pengetahuan yang sempurna mengenai rijal (mata rantai sanad), Al-Jarhu wat Ta’dil, Thabaqah-Thabaqah sanad, pengetahuan ilmu-ilmu hadits antara shahih dan dhaif, hafal matan-matan hadits yang menyendiri padanya ….. Maka tidak seorangpun pada waktu itu yang bisa menyamai atau mendekati tingkatannya ….. Adz-Dzahabi berkata lagi, bahwa: “Setiap hadits yang tidak diketahui oleh Ibnu Taimiyah, maka itu bukanlah hadist.Demikian antara lain beberapa pujian ulama terhadap beliau. FITNAH TERHADAP SYAIKHUL ISLAM IBN TAIMIYAH Disebutkan dalam buku karangan Sirajuddin Abbas bahwa satu dari sekian banyak tuduhan yang diarahkan kepada Syeikh Islam Ibn Taimiyah adalah apa yang dituliskan oleh Ibnu Bathuthah dalam karyanya “Rihlah”, Ibnu Bathuthah mengatakan

“Aku masuk Ba’labak siang hari, lalu aku keluar darinya pada pagi hari, karena sangat rinduku terhadap kota Damsyik. Dan aku sampai ke kota Damsyik, Syam, pada hari Kamis, 9 Ramadhan yang berbarakah tahun 726 H. Aku pun singgah disana, di Madrasah al Malikiyah yang dikenal asy Syarabisyiyah.

Di Damsyik, salah seorang ulama fikih terkemuka dari kalangan madzhab Hanbali adalah Taqiyuddin bin Taimiyah, sesepuh Syam, ia berbicara mengenai cabang-cabang ilmu (funun).

Lalu aku mendatanginya (Ibnu Taimiyyah) pada hari Jum’at, saat ia berada di atas mimbar Masjid Jami’ sedang menasehati kaum muslimin dan mengingatkan mereka. Adapun dari sekian perkataannya, ia (Ibnu Taimiyyah) berkata,

‘Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia seperti turunku ini’, lalu ia turun satu tangga dari mimbar. Maka seorang ahli fikih bermadzhab Maliki yang dikenal dengan nama Ibnu az Zahra menentangnya”
Bantahan terhadap kisah di atasPada Kitab Syarah Qashiidah Ibnul Qayyim (Juz 1, hal. 497) dikatakan,

Kebohongannya sudah tampak jelas, tidak memerlukan lagi berpanjang ulasan. Dan Allah-lah Yang Maha Penghitung kebohongan pendusta ini. Dia (Ibnu Bathuthah) menyebutkan dia masuk ke Damsyik 9 Ramadhan 726 H, padahal Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah ketika itu sudah ditahan di benteng (al Qal’ah) sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama terpercaya, seperti murid beliau sendiri, al Hafizh Muhammad bin Ahmad bin ‘Abdul Hadi dan al Hafizh Abil Faraj ‘Abdurrahman bin Ahmad bin Rajab dalam kitab Thabaqat Hanabilah.

Ia berkata mengenai biografi Syaikh (Ibnu Taimiyyah) dalam Thabaqat-nya tersebut,
Syaikh telah ditahan di benteng itu dari bulan Sya’ban tahun 726 H sampai Dzulqa’dah tahun 728 H’.
Ibnu ‘Abdul Hadi menambahkan
‘Ia (Ibnu Taimiyyah) memasuki (tahanan) di benteng itu pada 6 Sya’ban’Maka lihatlah pendusta ini (Ibnu Bathuthah) yang menyebutkan bahwa dia telah menyaksikan Ibnu Taimiyyah sedang memberi nasihat kepada kaum muslimin di atas mimbar mesjid jami’. Padahal Syaikh (Ibnu Taimiyyah) rahimahullah setelah masuk ke benteng (tahanan) tersebut pada tanggal tersebut pula, maka beliau tidak pernah keluar darinya kecuali di atas kereta jenazah (pada hari wafatnya, Dzulqa’dah 728 H)”Tohmahan terhadap beliau dalam beberapa tulisan penulis tempatan & website.Tuduhan 1 : Menyatakan di dalam tulisan bahawa Imam Nawawi sangat menentang Ibnu Taimiyah.Hujahan: Tidak mungkin Imam Nawawi menentang ibnu Taimiyah, dalil penulis:Imam Nawawi meninggal pada tahun 676 dan  Imam Taimiyah lahir pada tahun 661.(beza 5 tahun)Dalil akal : Tidak mungkin Imam Nawawi menentang Imam Ibnu Taimiyah kerana ketika Imam nawawi meninggal, usia Imam Taimiyah baru mencecah 5 tahun.. Tuduhan 2 : Berlakunya percangahan pendapat Imam Taimiyah dan Imam Sayuthi.Hujahan: Untuk pengetahuan pembaca. jarak kematian Imam Taimiyah ada 121 tahun, barulah lahirnya Imam Sayuthi pada tahun 849, sedangkan Ibnu Taimiyah meninggal pada tahun 728..Dalil akal:  Tidak mungkin Imam ibnu Taimiyah bercanggah dan membenci Imam Sayuthi kerana Imam Ibnu Taimiyah meninggal 121 tahun, barulah lahirnya Imam sayuthi...Tidak mungkin Imam Taimiyah yang meninggal awal 121 tahun boleh membenci Imam Sayuthi yang baru lahir selepas meninggalnya Imam Taimiyah...Malah Ibnu Taimiyah tidak sempat hidup bersama Imam Sayuthi..Tuduhan 3 : Al Hafiz Imam Ibnu Jauzi mengkritik Imam Ibnu Taimiyah r.a.Hujah Penulis:  Untuk pengetahuan pembaca, Imam Hafiz Ibnu Jauzi meninggal pada tahun 598, sedangkan Imam Taimiyah lahir pada 661.Dalil Akal : Tidak mungkin Alhafiz Ibnu Jauzi mengkritik Imam Taimiyah kerana Imam Jauzi meninggal selepas 63 tahun barulah lahirnya Imam Ibnu Taimiyah... Mana mungkin Imam Ibnu Jauzi mengenalinya dan mengkritik Imam Ibn taimiyah sedangkan beliau meninggal lebih awal dari kelahiran Imam Taimiyah..Tuduhan 4: Tuduhan yang menyatakan Imam Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitabya "Addur AlKaminah" dengan menyatakan bahawa para ulama ulama telah menggelarkan kepada Ibn  Taimiyah dengan Tajsim( menyerupai allah dengan makhluk) berdasarkan apa yang beliau tulis, Ibnu Hajar menambah lagi, Ibn Taimiyah di hukum Munafik kerana perkataannya terhadap Saidina Ali. Hujah Penulis: Terjemahan sebenar tulisan Ibnu Hajar di dalam kitabnya,"Orang ramai telah berselisih pendapat mengenainya kepada beberapa golongan. Dikalangan mereka ada yang mengaitnya dengan Tajsim, di kalangan mereka ada yang mengaitnya dengan Nifaq..Ibnu Taimiyah terus dipenjara sehingga kembali kerahmatullah..Kepada Allah kembali segala urusan, dia memerhatikan apa yang khianat dan yang disembunyikan di dalam dada, hari kematian Ibnu Taimiyah menjadi bukti manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya, orang islam datang di serata pelusuk, mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya, pada hari tertegaknya bukti, mereka ingin memegang kerandanya sehingga patah."Di dalam kitab itu, mereka mendakwa Imam  Ibnu Zahabi (anak murid Ibn Taimiyah) menolak dan mengutuk Ibnu Taimiyah..Sedangkan  Ibnu Hajar dengan membelanya menyebut, Imam Zahabi telah menulis surat kepada Imam Assubky (anak murid Imam Zahabi yg kurang senang dgn Imam Taimiyah), lantas memarahi Assubky diatas perkataan kepada Ibnu Taimiyah, dan Subky membalas surat kembali dengan menyatakan " Maka hamba telah pasti kemampuan ketinggian ilmuan Ibnu Taimiyah, limpahan dan keluasan ilmunya dalam naqal ( Alquran, Assunnah dan akal )  kehebatan, kebijaksanaan dan ijtihadnya, juga beliau mencapai kesemua itu lebih yang disifatkan, hamba ini akan sentiasa mengakui nilaian ibnu Taimiyah pada diri ini lebih besar dan mulia dari segalanya, dan apa yang Allah telah himpun kepadanya, daripada sifat zuhud, waraq dan kuat agamanya, membela dan menegakkan agama dan kebenaran, semata-mata kerana Allah, dia melalui perjalanan Ulama salaf sepenuhnya, sangat asing orang sepertinya pada zaman ini, bahkan di mana-mana zaman pun..Imam Ibnu Hajar menyebut, Ibnu Taimiyah adalah Imam kepada semua Imam, keberkatan umat yang sangat alim di kalangan ulama, Pewaris para Anbiya, dan menggelarnya sebagai Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah..
Lihatlah bukti-bukti dan kajian jelas penulis, bertapa jauhnya mereka mengubah-ubah fakta sebenar hanyasanya ingin melihat umat Muhammad berpecah belah...Penulis tidak pasti mengapa mereka begitu membenci para ulama ini, adakah kerana pintu hati mereka telah tertutup dan lebih suka melihat umat Muhammad berpecah-belah kerana tulisan yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka? Alangkah baiknya sekiranya mereka meninggalkan perbuatan tersebut...
Setakat itu yang termampu penulis mencari kebenaran dan membetul fakta yang difitnahkan keatasnya, Semoga Allah Taala membuka cahaya hati kita dan menjauhkan dari melibatkan diri dari fitnah kepada para Alim dan Ulama Mukhlisin ini..Semoga Allah menerima usaha kita dalam menyatukan umat islam yg beriman..
Lihatlah bukti-bukti dan kajian jelas penulis, bertapa jauhnya mereka mengubah-ubah fakta sebenar hanyasanya ingin melihat umat Muhammad berpecah belah...Penulis tidak pasti mengapa mereka begitu membenci para ulama ini, adakah kerana pintu hati mereka telah tertutup dan lebih suka melihat umat Muhammad berpecah-belah kerana tulisan yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka? Alangkah baiknya sekiranya mereka meninggalkan perbuatan tersebut...Setakat itu yang termampu penulis mencari kebenaran dan membetul fakta yang difitnahkan keatasnya, Semoga Allah Taala membuka cahaya hati kita dan menjauhkan dari melibatkan diri dari fitnah kepada para Alim dan Ulama Mukhlisin ini..Semoga Allah menerima usaha kita dalam menyatukan umat islam yg beriman..Lihatlah bukti-bukti dan kajian jelas penulis, bertapa jauhnya mereka mengubah-ubah fakta sebenar hanyasanya ingin melihat umat Muhammad berpecah belah...Penulis tidak pasti mengapa mereka begitu membenci para ulama ini, adakah kerana pintu hati mereka telah tertutup dan lebih suka melihat umat Muhammad berpecah-belah kerana tulisan yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka? Alangkah baiknya sekiranya mereka meninggalkan perbuatan tersebut... Setakat itu yang termampu penulis mencari kebenaran dan membetul fakta yang difitnahkan keatasnya, Semoga Allah Taala membuka cahaya hati kita dan menjauhkan dari melibatkan diri dari fitnah kepada para Alim dan Ulama Mukhlisin ini..Semoga Allah menerima usaha kita dalam menyatukan umat islam yg beriman..

Ahad, 13 Oktober 2013

Salam Aidiladha ! =)

As salam . . .


Alhamdulillah syukur kepada Yang Esa sekali lagi menunjukkan kebesaranNya dengan memberi kita peluang untuk bernafas semasa membaca post ini . InsyaAllah hari ini Ct akan berkongsi pengalaman Ct pada Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban.

kebiasaannya .. kat rumah Ct akan mengadakan korban lembu . biasanya.. kami akan tumbangkan seekor lembu. aktiviti ini pada pendapat Ct sangat sesuai untuk merapatkan ukhuwah sesama saudara. pada kaum hawa pula, kami akan menyediakan sedikit kudapan kepada saudara mara yang hadir . selepas itu , kami menolong kaum adam memotong daging untuk diagihkan kepada mereka yang memrlukan. memang seronok walaupun kami berasa penat. selain itu .. kami juga kan memasak pelbagai juadah bersaskan daging. menu tetap kami adalah daging goreng kunyit, sup daging, daging bakar dan yang menjadi favaurite Ct ialah daging bakar cecah dengan colek(dialek kelateyyy )..

selain itu, umi Ct juga akan sedia dessert yg lain, macam agar2, kuih muih dan banyak lagi larr ,.. okeyy .. got to go now . selamat hari haya Aidiladha .. maaf zahir dan batin ..
p\s : bukan hari raya puasa sahaja korang kene mintak maaf tau !!!