Khamis, 13 Jun 2013

BABA MASUK HOSPITAL !

As salam .

CIK TAHZ dah lama tak bukak blog sebab baba kesanyangan CT masuk hospital.
Ceritanya macam nie..

petang sabtu , baba dah mengadu cakap dia sakit bawah pinggang. pastu umi CT bwak dia pegi jumpa doktor.
doktor dah syak yg kemungkinan baba ada batu karang . tapi baba wat x kisah jer .

pagi ahad .. sakit baba dah berkurangan. apapun . . baba dah ambik cuti.  baba siap pegi antar CT pegi sekolah lagi. tgahari tu kakak CT ckap baba siap masakkan lunch untuk kitaorang .
time CT balik dari sekolah (petang).. baba dah mula rasa sakit . tapi , baba masih mampu berjalan dan menunaikan solat asar. selepas solat.. baba rasa nak buang air besar .. baba msuk bilik air tapi tinja x keluar .. baba rasa sakit sangat. . baba keluar drpd bilik air dalam keadaan lemah. kaki baba jadi lemah .. baba trpaksa bergantung kpd pintu bilik air sambil memanggil umi. umi kelam kabut tau ! umi panggil abe faeez yang dah ready nak hntr sepupu CT. nasib baik diorang x pergi lagi .. klau x sapa yg nak drive kan ?? abe faeez dan umi usung baba naik kereta(CT time tu tgh solat asar) .. umi kata sepanjang perjalanan baba menangis sebab terlalu sakit. abe faeez terpaksa guna jalan lama coz jalan raya jam sgt2 sebab time tu sume orang on the way nak balik keje.

alhamdulillah .. tak lama lepas tu mereka sampai kat Kota Bharu Medical Centre .. hospital ni hospital swasta. nasib baik baba keje kat telekom . so baba x payah bayar.
doktor memberi baba ubat tahan sakit .. lpas tu baba dikehendaki menjalani ujian ultrasound untuk mengesan penyakitnya. malangnya .. baba terpaksa ditahan di hospital coz buah pinggang baba bengkak .. so x boleh nampak penyakit baba..

                               (KBMC)

malam tu aku dan kakak aku pegi ke hospital untuk tgok baba.. baba time tu dah okey cuma msih rsa sakit sikit2 jer. baba dah boleh ketawa. alhamdulillah .. syukur kehadrat illahi ..

keesokannya .. baba kena x-ray kat hospital perdana kerana bilik x-ray di KBMC sdang dibaik pulih .
for information .. baba dibawa naik ambulan walaupun baba boleh berjalan dengan baik. oppss ! lupa nak cakap yg baba kena puasa stengh hari hari tu.

 result x-ray sampai malam tu .. memang betul! baba ada penyakit baba karang . doktor menasihatkan agar baba segera "MENEMBAK" batu karang tersebut guna laser. pada mulanya baba setuju dan dijadualkan menjalani proses tersebut pada malam rabu . tapi ., kebanyakannya rakannya pula mengesyorkan baba berubat cara kampung . baba setuju . baba dibenarkan pulang ke rumah
pada petang rabu. CT happy sangat tau !

sekarang baba dirawat oleh NURSEnya dunia akhirat iaitu UmI.. baba tak boleh makan pedas dan masam . baba minta umi masakkan bubur . huhh .. kesian jugak tgok baba mkan bubur jer . tapi xpelah .. demi kepentingan dia .. kat rumah CT pon ader mcam2 jenis herba. CT pon x tau apa lar nama semua herba tuh ..


 bubur orang sakit macam nie lar rupanya
   *ni antara herba yang ada kat rumah CT

 huh !! penatnya CT cerita .. 0k lahh ... CT dah ngantuk lahh ...  korang semua tolong doakan kesihatan CT,baba, famili CT dan semua umat Islam terutama yg ada kt Palestin dan syiria sekarang ekk .. Aminnnn



Sabtu, 8 Jun 2013

KELAM KABUT CIK TAHZ

As salam ...

 okey .. hari ni CT online kt sekolah .. tme ICT dan ditugaskan untuk mengUPDATE sesuatu di blog . Sebenarnya CT kna update tentang cuti tapi CT x pegi mana2 pon, so CT tak tahu nak tulis apa. So CT ambik keputusan untuk UPDATE tentang kelam kabut CT pada hari pertama persekolahan bagi penggal dua.

Wokey. memandangkan CT seorang yang agak pemalas. so time cuti  CT hanya habiskan dgn pegi makan kt kenduri ,tgok Tv, baca novel, mmain games, online dan tegok cerita kt laptop. dan nasib baik bajun dah gosok sminggu lbih awal.

Mlam sebelum hari sekolah CT sebenarnya dah siapkan semua barang.(stokin,tarbus dan semua lar). so malam tu CT pegi lar tidur awal.

KEESOKAN HARINYA .....

pagi tu kakak CT dah kejutkan CT.. tapi CT wat DERKK jer. tapi tiba2 umi CT datang cakap dah pukul 6.35 pagi.. ct pon apa lagi macam lipas kudung ambik tuala masuk toilet. CT ni dah mmg jenis mndi lama . Ct selesai mandi kol 6.45. pkai baju,semayang,pakai tudng .. Ct siap kol 6.55.. Ct keluar nak makan .. bukak saji x der makanan. baru CT tahu yg umi CT pon bangun lewat. so suruh abang CT pegi beli. CT yg sedia maklum lewat dah sempat nak mkan so CT pegi jer sekolahdengan perut kosong. dah lar baba CT yang terpaksa hantar coz abang Ct tak balik lagi drpd warung. (baba CT sedang sakit skrang tau#kesian jugak).

akhirnya CT berjaya sampai ke sekolah selepas mengharungi jam yang teramat. bila CT sampai tuh semua pengawas dah sedia dengan BLAZER masing2 kt dewan ... CT terpaksa menebalkan muka lar mengharungi pelajar yg dudk kt kantin. dakh lar CT nie pengawas. nasib baik lar kawan CT, MAHfuzah dah tolong ambikkan blazer CT .. CT appriciate sgat dengan jasa dia. Akhirnya CT tinggalkan Beg CT kt kantin. then pegi dewan jalankan tugas yang telah diamanahkan ..

that's all ./ CERITERA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI PENGGAL KEDUA.
#soriKlauXBest

Rabu, 5 Jun 2013

SIKAP MASYARAKAT KITA

As salam .. 


okey .. skarang CT nak share something tentang perangai masyarakat di negara kita .. mmang negara kita sememangnya cukup disegani dengan kesantunan dalam berbicara tapi CT nak cerita sikit . . bukan niat CT nak mengumpat atau memburukkan tau .. cuma nak share jer ..

Tgahari pada hari ni CT kluar lar ke bandar bersama keluarga . . banyak benda yg nak diselaikan . Kakak CT nak renew dia punya lesen . pastu abang CT nak urus something psal KOVOI AMAL PALESTIN yang kelab yang dia join anjur . . Umi dan kakak CT pon nak pegi bank nak uruskan soal yuran,bayaran dan macam2 lagilah .CT pon nak bli brang keperluan diri ..

Hrmm .. sori lah yer Ct cakap terlalu pnjang lebar sebenarnya CT nk cerita benda nie jer .

nak dijadikan cerita lpas ronda2 bandar KB Ct dan keluarnya pergi lar makan + minum kat sebuah restaurant . restaurang nie cukup terkenal dengan kelazatan ais batu campur (ABC) dan makanannya. nama restaurant tuh Cafeteria Green Garden atau lbih famaus dgan gelaran Restoran Umi,Abah dan Abe. Okey masa mula CT msuk kdai tu tak rmai sangat orang . tapi semakin lama semakin ramai .dan order CT pun sampai. baru jer CT nak hirup sup tu tiba-tiba ada seorang lelaki( hensem lar jugak) ketawa  terbahak2. kuat giler pulak tu . CT yang sedang menikmati kelazatan suptu tersedak tau tak?
TERSEDAK .. nsib baik ada air time . yang pling memalukan pelakunya adalah orang MELAYU . kebetulan kat restauran tu ada orang cina pulak . dia dok pndang2 kt si mamat tu .. Ya Allah .. malunya saya sbagai orang Melayu ..

Moral : sebagai rakyat MAlaysia yang berbilang kaum dan bersopan santun.. kita hendaklah senantiasa menghormati orang lain walau di mana kita berada .. Okey , .!

Selasa, 4 Jun 2013

HOMEWORK OH HOMEWORK ! ~_~

AS SALAM ..


okeyy ! skrang dah hari selasa dan CT blum menyiapkan homework yang cokgu bagi .. teruk kan? okey .. srang dah nak mula wat. almaklumlah CT suka wt keje last minutes .. okey .. CT diminta menyiapkan dua buah krangan .. CT nak share lah link2 yg CT guna spanjang menyiapkan krgn ter sebut ..

KEBAIKAN MEMBACA

- http://kebaikanmembaca.blogspot.com/
- http://cintayasirah.blogspot.com/2012/01/kepentingan-membaca.html
- http://tinesh-penulisanbahasamelayu-tinesh.blogspot.com/2011/12/kepentingan-membaca-buku.html
- http://www.jomria.com/2012/04/kebaikan-membaca.html

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

http://zaizak69.blogspot.com/2012/06/kepentingan-teknologi-maklumat-dan.html
http://blogbmspm.blogspot.com/2012/05/manfaat-teknologi-maklumat-dan.html

# sebenarnya ada banyak lagi tp ni jer yang CT dpat share. semoga bermanfaat .=)

AISKRIM GORENG ABC

As salam ..

okey.. rasanya dah lama dah Cik tahz tak post aper2 .. okey hari ni Cik tahz nak share resepi AISKRIM GORENG ABC .. knapa Cik Tahz namakan benda ini AISKRIM GORENG ABC? coz cara nak buat dia as easy as ABC jer .. budak darjah satu pon bley buat . Btw.. Dlam post sbelum nie CT ade share yang oreo punya .. skarang CT nak share yg biasa punyer okeyy!!

bahan2:
-roti gardenia
-aiskrim (perisa ikut suka perut korang)

cara2 :

- ambik dua keping roti .. letak aiskrim diantara roti tersebut .
- cantumkan roti tersebut . boleh ambik cawan then tekap sehingga bercantum kedua-dua lapis roti
 -potong dengan pisau bagi kemas. (korang boleh jer nak buat bentuk aper2 yang korang suka ... x buat bentuk terus pon x pe .. asalkan hujung roti bercantum )
-  Masukkan dalam freezer dalam 6-7 jam 
- panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan betul2 panas
- goreng hingga kekuningan -boleh terus makan .

Amacam ??? senang tak ??? disebabkab roti tu kene letak dalam freezer lama2 ... so saya cadangkan korang buat banyak2 sekaligus .. so bila rasa nak makan ... just goreng jer ... kan senang macam sebut ABC jer ....