Jumaat, 25 Januari 2013

cara nak hilangkan mengantuk


Korang semua mesti pernah rasa mengantuk di pejabat atau kelas kan? Lagi-lagi kalau malam sebelum tu ada match bola atau kerja banyak, assignment banyak dan tidur tak mencukupi? Nak ke korang tidur di tempat kerja/belajar? Kantoi ngan bos atau cikgu nanti menyusahkan korang je. Ni nak share cara hilangkan rasa mengantuk


 

  1. Hampiri kawasan bercahaya  
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapiMinyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radioMuzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  5. Senaman ringanCara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.
  6. bangun
    korang kene bangun bila korang rasa mengantuk ... bila cikgu tanya nape korang bangun ... pandai2lah korang jawab heheh

AISKRIM GORENG SPECIAL

kalau di kelantan sekarang nie ... time tengahari cuaca memang panas terik ... so apa kata kita sejukkan tekak sambil2 mengenyangkan perut dengan makan aiskrim goreng ... kalau nak bli .. mahal .. boleh sampai rm2.50 sebiji ... so kita buat sendiri lar senang .. lagi jimat dan sedap ...
                                 
                                                   AISKRIM GORENG COKELAT OREO
(gambar hiasan sahaja ) (yang oreo punyer lagi menggoda ...hak3)

 Bahan-bahan ( 6 biji )
 1 bungkus roti potong (gardenia atau lain2)
 bickut oreo
aiskrim (korang boleh pilih perisa aper2 yang korang suka )

Cara-cara
 -Cedukkan ais krim dan letakkan atas sekeping roti -Letak oreo yang telah dipatah-patahkan ) -Letakkan sekeping lagi roti, buat macam sandwich
 -Tekap atau pekup dengan mug sehingga bercantum kedua-dua lapis roti
 -potong dengan pisau bagi kemas. (korang boleh jer nak buat bentuk aper2 yang korang suka ... x buat bentuk terus pon x pe .. asalkan hujung roti bercantum )
-Masukkan dalam freezer dalam 6-7 jam 
-panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan betul2 panas
 -goreng hingga kekuningan -boleh terus makan amacam ??? senang tak ??? disebabkab roti tu kene letak dalam freezer lama2 ... so saya cadangkan korang buat banyak2 sekaligus .. so bila rasa nak makan ... just goreng jer ... kan senang ....

cream puff

hari ini sya nak berkongsi resepi cream puff Bahan-bahan ( aggaran 30 biji )
1 cwn air 1/2 cwn majerin/1/2 buku butter 1 cwn tpg gandum/tpg superfine (guna bluekey) 4 bj telur gred B (gn 3 bj pn boleh) BHN INTI 1/2 cwn susu cair gula seckp rasa (aggaran 4 sudu) 5-6 sudu tpg kastard 1 sudu marjerin/butter sedikit garam (utk rasa lemak) 3 cwn air jika suka boleh letakkan perisa kegemaran cth sy letak sedikit jem nenas nak lg mudah blh gn instant custard.cuma bancuh dgn air panas dan tambah sedikit gula (ada jual di kedai kek) Cara-cara Masukkan butter/majerin dan air ke dlm periuk.Masakkan hingga mendidih dan butter/marjerin cair. Masukkan tepung dan tutup api.Gaul sebati.Setelah sebati masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau lagi.(pastikan pusat telur dibuang utk mengelakkan bau hanyir) Seterusnya masukkan adunan tadi ke dlm piping bag dan paipkan ke atas dulang/loyang yg tlh digris/dilapik dgn kertas minyak. Jika xde piping bag boleh skop guna skop aiskrim/ bentukkan gn sudu makan Bakar selama 10-15 minit hingga kulitnya menjadi perang bkn hangit dgn suhu 160 oC Inti: Campurkan kesemua bhn ke dlm periuk dan kacau atas api hingga pekat.Bila dah pekat sejukkan sekejap dan masukkan dlm piping bag Bila cream puff dah sejuk belah 2 jgn sampai pts.paipkan inti ke dlmnya.Boleh juga korek bwh c.puff guna pisau dan paipkan inti

bila virus malas menyerang ... ^_^

assalamualaikum ... haru ni saya happy sangat2 sebab abang dan kakak saya sume balik ... almaklumlah .. cuti maulud katanya ... tapi yang x happynya bila sume keje sekolah x beres lagi .. sya ni klau dah start virus malas syer datang ... memang susah nak sembuh ... untuk sekolah esok satu pon saya prepare lagi ... terok x pereangai saya .. heheh ... lgpon kalau saya dah start nak study cam ni lar jadinyer
haha ..

Selasa, 22 Januari 2013

PUDING ROTI KASEH UMI

hari ini jom kita belajar buat resepi yang senang ... sedap ... dan mudah ...
boleh dihidangkan semasa majlis keramaian ..
  

               ... PUDING ROTI KASEH UMI ....

bahan-bahan ..

4 keping roti
4 sudu gula
4 biji telur
sedikit esen vanila
1 tin susu cair


hiasan :

1 paket agar-agar nona ( perisa boleh pilih )
fruit cocktail (nak guna bende lain lain pon takpe macam laici , buah pic, dlll )

cara-cara menyediakannya :
1. blend semua bahan hingga sebati ..
2 .masukkan ke dalam acuan pengukus ..
3 .kukus dalam 15-20 minit ...
angkat ...

cara menghiasnya :
1 - cairkan agar-agar dengan 2 cawan air ..
2 - tabur friut cocktail di atas puding dan curahkan agar-agar yang telah dicairkan ke atas puding yang telah dihias tadi ...

tunggu sehingga sejuk dan sedia dinikmati ...
baloh diletakkan di dalam peti sejuk ....


SELAMAT MENCUBA !!!

fikir sejenak .....

sempena maulud rasul kita iaitu nabi muhammad s.a.w ayuh kita berfikir sejenak ...

adakah kita sudah cukup mengenali rasulluah ???
adakah kita mengetahui sifat-sifat terpujinya ???
adakah kita ambil tahu  pengorbanannya terhadap umatnya ???
adakah kita tahu kisah hidupnya ???
adakah kita yakin bahawa rasullullah akan mengaku bahawa kita adalah umatnya ???
adakah kita mengamalkan apa yang disuruhnya ???


ATAU ......

kita hanya tahu tetapi tidah mengamalkannya ...
kita tahu perkara itu salah tetapi tetep melakukannya ...
kita tidak sedar yang kita ini JAHIL ????

ATAU ,...

kita sebenarnya hanya islam dalam ic ...
hanya berbinkan orang islam..
hanya hidup dalam negara islam ...

TETAPI ...
kita sebenarnya kafir dalam segala perbuatan !!!!
kita sebenarnya kafir dalam segala perlakuan !!!!
kita sebenarnya kafir dalam segala amalan !!!!

jika kita seperti ini.. adakah kita yakin nabi akan mengaku kita ini umatnya ???
fikir-fikirkanlah ...
kita adalah manusia ...
sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan ..
dikiurniakan akal fikiran ..
untuk membezakan mana yang betul dan mana yang salah ...
jadi janganlah berfikiran seperti BINATANG !!!!

sekian sahaja .. kita hanya manusia biasa .. dan saya tahu yang ... LIFE IS FULL OF IMPERFECT THINGS ....

Sabtu, 19 Januari 2013

hajat tak kesampaian ... ^_^

assalamualaikum  ...
sbenarnya aku susah nak updates coz kabel kat umah aq kne potong ... susah lar ..
hari aq nak kongsi yang aq n kakak aq kononnya nak pegi tesco kat kt KB .. kononnya nak cari barang untuk bisnes reben brooch .. tpi lain pulak jadinya .. mula2 masuk tesco aq mintak lar duit bajet ngan umi aku .. aq memang set dlam mind aq nak bli barang tu .. tpi .. barang tadaaaa...
so kakak aq yang x bertauliah tu suruh aq belanja cheezy wedges..
sooo.... degan penug kikhlasannnn aq belanja die..  eeiii... memang x patut ..


Selasa, 15 Januari 2013

minuman favourite saya !!! yummy ... belum cuba belum tahu ..ehehe


Bahan-bahan ( 1 ~ 2 hidangan )

  • kiub ais
  • oreo
  • susu pekat
  • Milo
  • air masak

Cara-cara

  1. Mula-mula letak kiub ais hingga penuhi 1/4 blender (dlm 2 cawan).. Kemudian tuangkan sedikit air. jgn terlalu byk, nanti jadi cair sangat ice-blended tu.
  2. Kemudian letak dlm 4 keping oreo yg sudah dipatah-patah jadi kepingan kecil ke dalam blender..boleh letak lebih kalau nak lebih rasa atau lebih manis.
  3. Tuang 2 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar Milo dlm blender...kemudian Blend lah sampai halus dan ais tak berketul. Tuang ke dalam gelas dan siap utk dihidang.

Selasa, 8 Januari 2013

salam perkenalan

assalamualaikum ...
alhamdilillah ... akhirnya dapat jugak saya create bolg untuk tugasan sekolah ... hehe ...insyaallah saya akan post banyak benda kat sini..
and hai to all my new friends !!!! ni biodata saya  ...
nama diberi : faezatul atiqah bt mohd rahim
umur : 14 tahun
tempat tinggal : kampung kadok , KB ,KEL
kegemaran .. : pink campur putih @ hitam ... minat jugak sebarang kombinasi warna hitam
sekolah .. : smka mellor