hari ini sya nak berkongsi resepi cream puff
Bahan-bahan ( aggaran 30 biji )
1 cwn air
1/2 cwn majerin/1/2 buku butter
1 cwn tpg gandum/tpg superfine (guna bluekey)
4 bj telur gred B (gn 3 bj pn boleh)
BHN INTI
1/2 cwn susu cair
gula seckp rasa (aggaran 4 sudu)
5-6 sudu tpg kastard
1 sudu marjerin/butter
sedikit garam (utk rasa lemak)
3 cwn air
jika suka boleh letakkan perisa kegemaran cth sy letak sedikit jem nenas
nak lg mudah blh gn instant custard.cuma bancuh dgn air panas dan tambah sedikit gula (ada jual di kedai kek)
Cara-cara
Masukkan butter/majerin dan air ke dlm periuk.Masakkan hingga mendidih dan butter/marjerin cair.
Masukkan tepung dan tutup api.Gaul sebati.Setelah sebati masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau lagi.(pastikan pusat telur dibuang utk mengelakkan bau hanyir)
Seterusnya masukkan adunan tadi ke dlm piping bag dan paipkan ke atas dulang/loyang yg tlh digris/dilapik dgn kertas minyak.
Jika xde piping bag boleh skop guna skop aiskrim/ bentukkan gn sudu makan
Bakar selama 10-15 minit hingga kulitnya menjadi perang bkn hangit dgn suhu 160 oC
Inti: Campurkan kesemua bhn ke dlm periuk dan kacau atas api hingga pekat.Bila dah pekat sejukkan sekejap dan masukkan dlm piping bag
Bila cream puff dah sejuk belah 2 jgn sampai pts.paipkan inti ke dlmnya.Boleh juga korek bwh c.puff guna pisau dan paipkan inti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan