Khamis, 13 Jun 2013

BABA MASUK HOSPITAL !

As salam .

CIK TAHZ dah lama tak bukak blog sebab baba kesanyangan CT masuk hospital.
Ceritanya macam nie..

petang sabtu , baba dah mengadu cakap dia sakit bawah pinggang. pastu umi CT bwak dia pegi jumpa doktor.
doktor dah syak yg kemungkinan baba ada batu karang . tapi baba wat x kisah jer .

pagi ahad .. sakit baba dah berkurangan. apapun . . baba dah ambik cuti.  baba siap pegi antar CT pegi sekolah lagi. tgahari tu kakak CT ckap baba siap masakkan lunch untuk kitaorang .
time CT balik dari sekolah (petang).. baba dah mula rasa sakit . tapi , baba masih mampu berjalan dan menunaikan solat asar. selepas solat.. baba rasa nak buang air besar .. baba msuk bilik air tapi tinja x keluar .. baba rasa sakit sangat. . baba keluar drpd bilik air dalam keadaan lemah. kaki baba jadi lemah .. baba trpaksa bergantung kpd pintu bilik air sambil memanggil umi. umi kelam kabut tau ! umi panggil abe faeez yang dah ready nak hntr sepupu CT. nasib baik diorang x pergi lagi .. klau x sapa yg nak drive kan ?? abe faeez dan umi usung baba naik kereta(CT time tu tgh solat asar) .. umi kata sepanjang perjalanan baba menangis sebab terlalu sakit. abe faeez terpaksa guna jalan lama coz jalan raya jam sgt2 sebab time tu sume orang on the way nak balik keje.

alhamdulillah .. tak lama lepas tu mereka sampai kat Kota Bharu Medical Centre .. hospital ni hospital swasta. nasib baik baba keje kat telekom . so baba x payah bayar.
doktor memberi baba ubat tahan sakit .. lpas tu baba dikehendaki menjalani ujian ultrasound untuk mengesan penyakitnya. malangnya .. baba terpaksa ditahan di hospital coz buah pinggang baba bengkak .. so x boleh nampak penyakit baba..

                               (KBMC)

malam tu aku dan kakak aku pegi ke hospital untuk tgok baba.. baba time tu dah okey cuma msih rsa sakit sikit2 jer. baba dah boleh ketawa. alhamdulillah .. syukur kehadrat illahi ..

keesokannya .. baba kena x-ray kat hospital perdana kerana bilik x-ray di KBMC sdang dibaik pulih .
for information .. baba dibawa naik ambulan walaupun baba boleh berjalan dengan baik. oppss ! lupa nak cakap yg baba kena puasa stengh hari hari tu.

 result x-ray sampai malam tu .. memang betul! baba ada penyakit baba karang . doktor menasihatkan agar baba segera "MENEMBAK" batu karang tersebut guna laser. pada mulanya baba setuju dan dijadualkan menjalani proses tersebut pada malam rabu . tapi ., kebanyakannya rakannya pula mengesyorkan baba berubat cara kampung . baba setuju . baba dibenarkan pulang ke rumah
pada petang rabu. CT happy sangat tau !

sekarang baba dirawat oleh NURSEnya dunia akhirat iaitu UmI.. baba tak boleh makan pedas dan masam . baba minta umi masakkan bubur . huhh .. kesian jugak tgok baba mkan bubur jer . tapi xpelah .. demi kepentingan dia .. kat rumah CT pon ader mcam2 jenis herba. CT pon x tau apa lar nama semua herba tuh ..


 bubur orang sakit macam nie lar rupanya
   *ni antara herba yang ada kat rumah CT

 huh !! penatnya CT cerita .. 0k lahh ... CT dah ngantuk lahh ...  korang semua tolong doakan kesihatan CT,baba, famili CT dan semua umat Islam terutama yg ada kt Palestin dan syiria sekarang ekk .. Aminnnn



Tiada ulasan:

Catat Ulasan