Ahad, 13 Oktober 2013

Salam Aidiladha ! =)

As salam . . .


Alhamdulillah syukur kepada Yang Esa sekali lagi menunjukkan kebesaranNya dengan memberi kita peluang untuk bernafas semasa membaca post ini . InsyaAllah hari ini Ct akan berkongsi pengalaman Ct pada Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban.

kebiasaannya .. kat rumah Ct akan mengadakan korban lembu . biasanya.. kami akan tumbangkan seekor lembu. aktiviti ini pada pendapat Ct sangat sesuai untuk merapatkan ukhuwah sesama saudara. pada kaum hawa pula, kami akan menyediakan sedikit kudapan kepada saudara mara yang hadir . selepas itu , kami menolong kaum adam memotong daging untuk diagihkan kepada mereka yang memrlukan. memang seronok walaupun kami berasa penat. selain itu .. kami juga kan memasak pelbagai juadah bersaskan daging. menu tetap kami adalah daging goreng kunyit, sup daging, daging bakar dan yang menjadi favaurite Ct ialah daging bakar cecah dengan colek(dialek kelateyyy )..

selain itu, umi Ct juga akan sedia dessert yg lain, macam agar2, kuih muih dan banyak lagi larr ,.. okeyy .. got to go now . selamat hari haya Aidiladha .. maaf zahir dan batin ..
p\s : bukan hari raya puasa sahaja korang kene mintak maaf tau !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan