“Kring !!!! Loceng pertama berbunyi menandakan waktu rehat pertama telah bermula. Semua pelajar
Sekolah Tinggi Agama Melor telah bersedia dengan duit poket masing-masing
menuju ke Cafeteria STAM untuk mengisi perut masing-masing.Faezah, Mahfuzah dan
Najah yang berada di kelas 2 Ibnu sina tidak ketinggalan untuk menikmati
sajian. Sesampainya tiga sekawan ke kantin sekolah , Faezah termenung seketika.
“Saya geram betullah! Kenapa pihak
sekolah hanya memperuntukkan 20 minit kepada pelajar rehat. Awak tengoklah ,
nak jalan ke kantin dah 5 minit,nak beratur sampai 5 minit, belum termasuk dengan beratur beli
minuman, nak cari tempat duduk , nak makan, nak jalan balik ke kelas … memang rushing !!!” rungut Faezah yang
sememangnya tidak berpuas hati sejak dia mendaftar Tingkatan 1 di STAM.
“Sabar saja lah Tahz , bak kata orang
tua-tua ‘dimana bumi berpijak di situ langit di junjung ‘. Dah kita datang sini
nak menuntut ilmu, biar parents kita happy,itu matlamat kita,bukannya datang
sini nak makan”. Fuzah cuba menenangkan rakannya yang selesa disapa Tahz.
“Sudahlah, jom kita pergi beratur
,Tahz, awak tolong tanda tempat untuk saya dan Tahz,awak nak beli apa ? Nanti
saya tolong belikan.”, Najah memberi arahan. “Tak usahlah Najah, saya hilang
selera nak makan,awak bedua pergilah beratur,nanti bertambah pula orangnya.”
Setelah selesai menjamu selera. Mereka
menuju ke kelas. Proses PMP bejalan seperti biasa. Setelah loceng pulang
dibunyikan, semua pelajar STAM dikehendaki bergerak ke musalla sekolah untuk
menunaikan solat Zohor berjemaah. Selepas itu, semua pelajar dibenarkan pulang.
Setelah
menunaikan solat Isyak dan menyalin jadual,Faezah menuju ke kamarnya untuk
tidur. Sementara menanti matanya terlelap, Faezah membayangkan keadaan
sekelilingnya pada masa hadapan. Dia menbayangkan dia mempunyai pembantu rumah
robot. Akhirnya Faezah terlelap bersama angan-angannya.
“Cik muda!Cik Muda! Bangun, Cik dah
terlewat untuk ke sekolah. DriverBot sudah bersedia untuk menghantar Cik.”
Faezah segera menuju ke bilik air. Apabila dia memasuki bilik air di
rumahnya,alangkah terkejutnya apabila tandas di rumah sudah berubah seratus
peratus! Bilik di rumahnya dilengkapi dengan pemanas air yang menyesuaikan
suhunya mengikut suhu sekeliling,tab mandinya dilengkapi dengan haruman aroma terapi
yang sungguh menenangkan. Lantai pula akan kering serta merta apabila terkena air bagi mengelakkan daripada
lantai licin. Faezah terpegun kerana pada masa itu tiada lagi air yang sejuk
tahap ‘dewa’ pada waktu pagi,tiada lagikolah yang penuh dengan jentik-jentik
dan tiada lagi lantai licin. Semuanya sudah cukup sempurna baginya.
Setelah selesai mandi, satu lagi
kejutan buatnya kerana bilik tidurnya sangat luas dan sudah rapi. Di biliknya
juga terdapat televisyen yang berteknologi cahaya,permainan video yang canggih
dan yang paling membuat Faezah teruja ialah telepon bimbitnya yang dulu hanya
telefon Samsung yang berharga RM50 ringgit, kini telah bertukar menjadi telefon
berkaca sentuh yang sangat canggih.
Selepas itu, Faezah membuka almarinya.
Alangkah terkejutnya Faezah apabila mendapati semua bajunya sudah bergosok. Pakaian
seragam sekolahnya juga telah berubah. Jika dahulu pakaian seragamnya hanya
baju kurung,tetapi sekarang pakaian seragamnya ialah kemeja berlengan panjang
dipadankan dengan skirt labuh. Faezah menyarung seragamnya dengan penuh
keyakinan. Setelah menikmati sarapan ,Faezah hanya membawa sebuah Ipad berkaca
sentuh bersama satu cip. Dia menuju ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta
berkuasa tinggi yang menggunakan
teknologi solar dan dipandu oleh DriverBot yang cekap.
******************************************************************************
Sesampainya Faezah di Sekolah Tinggi
Agama Melor,dia begitu terpesona melihat keadaan di sekolahnya. Tiba-tiba
datang Mahfuzah dan Najah menegurnya .
“Amboi, awalnya awak datang hari ni
Tahz. Mimpi apa semalam? Sampai bangun lewat? “
“Errrr. Tak ada apa-apa. Cuma semalam
kan banyak kerja sekolah.” Faezah cuba memberi alas an.
“Kerja sekolah apanya Cik Tahz … awak
ingat kita ni berada pada zaman 2013 ke??” omel Najah.
“Habis tu kita berada pada zaman apa
sekarang? “ Faezah yang masih bingung bertanya lebih lanjut.
“Awak ni memang betul-betul dah demam,
MaidBot awak tidak beri kan ubat ke? Untuk pengetahuan awak kita sekarang sudah
berada di tahun 2060. Zaman teknologi dan it. Faham?”
‘Apa? Biar betul? Rasanya aku tidur
semalam masih lagi tahun 2013? Apa yang sudah jadi?’ berbagai-bagai persoalan
bermain di benak fikiran Faezah .
“Astagfirullahhalazim , termenung pula
budak ni !” Fuzah dan Najah berkata serentak.
“0h,maafkan saya. Hehe ,jom pergi ke
kelas ! Faezah segera menuju ke blok kelasnya. Tetapi dia hairan kenapa blok
itu tiada orang. Faezah menoleh ke belakang dan melihat kedua-dua rakannya sedang
menggeleng-geleng kepala sambil memegang kerusi yang kelihatan sangat canggih.
Faezah meluru ke arah mereka lalu berkata “Kenapa awak berdua duduk tercegat
dekat situ,jomlah masuk kelas! Dah lewat ni”. “Awak ni kenapa? Awak nak tinggal
kerusi terbang awak tu? Pergilah ambil,kelas kita berada di tingkat 19 tau tak?”
“Err, betul ke? Hehe, sekarang pergi
ambil. Tunggu ya.” Faezah mendapatkan kerusi terbang nya lalu masuk ke
dalamnya. Dia menekan butang ‘close window’ , selepas itu dia memilih 2 Ibnu
Sina sebagai destinasinya. Kerusi itu bergerak secara automatik ke destinasi
yang dipilih.
Sesi PMP berjalan dengan penuh luar
biasa. Kesemua subjek diajar dengan menggunakan Ipad dan satu cip kecil. Para
pelajar sudah tidak perlu membawa buku yang berat,mereka hanya perlu membawa
sebuah Ipad yang canggih bersama denga cip untuk belajar.
******************************************************************************
“Waktu rehat sudah bermula,recess session is beginning” pengumuman
dibuat. Faezah dan rakan-rakannya sudah bersedia bersama kerusi terbang masing-masing
menuju ke kantin. Pada tahun 2060, nama kantin STAM sudah ditukar kepada
Kefeteria STAM. Kafe tersebut menggunakan khidmat robot. Apabila pelajar sampai
kem kantin, mereka hanya perlu duduk di kerusi yang sangat selesa dan memesan
makanan kepada MealBot yang ada. Makanan yang dipesan akan sampai ke meja
mereka hanya dalam 2 minit!
Setelah selesai menikmati hidangan
yang dipesan, Faezah mengajak rakan-rakannya bersiar-siar di kawasan sekitar
sekolah dengan menaiki kerusi terbang bagi menghabiskan baki 10 minit masa rehat.
Faezah melihat sepasang kekasih sedang memadu asmara,tiba-tiba datang sebuah
robot yang gayanya berkopiah membawa pasangan tersebut berjumpa dengan guru
disiplin. Faezah bangga kerana ada
manusia yang telah mencipta satu robot untuk mencegah zina. Faezah dan
rakan-rakannya kembali kelas untuk belajar.
******************************************************************************
Setelah menunaikan solat Zuhur berjemaah di Musolla STAM ,
Faezah menuju ke keretanya yang dipandu oleh DriverBot. Di sepanjang perjalanan
pulang,Faezah melihat keadaan sekeliling yang sudah banyak berubah. Apa yang
membanggakan Faezah ialah pokok-pokok hijau yang membekalkan oksigen kepada
manusia banyak banyak ditanam di sepanjang jalan meskipun pembangunan pesat
dijalankan .
“Cik Muda, apa yang Cik termenungkan itu? Bot rasa dari
pagi tadi Cik selalu termenung. Cik ada masalah ke?” DriverBot sangat bijak
berkata-kata.
“Tak ada apa-apa lah Bot. Cuma saya bersyukur kerana
diberi pelung untuk melihat sendiri suasana pada zaman ini. Sebenarnya,saya
datang dari tahun 2013. Pada zaman itu, belum ada robot,Malaysia dalam proses
pembangunan,sangat jauh berbeza dari sekarang. Saya diberi keistimewaan untuk
melangkaui masa. Mungkin cerita saya tidak masukm akal tapi itulah hakikatnya.”
Luah Faezah.
“Cik Muda sepatutnya berbangga, susah untuk mendapatkan
peluang sebegitu.”DriverBot membalas.
Setibanya di rumah,Faezah disambut oleh MaidBot di hadapan
rumahnya. Faezah disajikan dengan makanan tengah hari yang sungguh lazat.
Sesudah makan tengah hari, Faezah masuk ke dalam biliknya.
Faezah meneliti segenap inci biliknya. Pandangnnya terhenti pada satu bingkai
gambar dia bersama keluarganya sedang tersenyum gembira berlatarbelakangkan
satu pemandangan yang Faezah tidak tau di mana.
“Maidbot! Datang sini sekejap!” Faezah memanggil robot
kesayangannya itu.
“Ada apa Cik Muda? Apa yang MaidBot boleh bantu?” tidak
sampai seminit MaidBot sudah berada di hadapan matanya.
“Begini MaidBot, saya nak tahu gambar saya bersama dengan
keluarga saya ini ketika kami berada di mana. Boleh MaidBot beritahu saya?”
Faezah bertanyasambil memegang gambar tersebut.
“Oh, gambar ini rupanya! Gambar ini diambil semasa Cik
Muda dan keluarga melancong ke Planet Marikh dua tahun lepas. Cik Muda sudah
lupa agaknya.” Jelas MaidBot.
‘Biar betul? Pada masa hadapan manusia boleh melancong ke
Planet Marikh dengan mudah?’ getus hati Faezah.
******************************************************************************
Sedar tidak sedar hari sudah malam,Faezah masuk ke dalam
biliknya untuk tidur. Apabila dia terlelap, tiba-tiba dia merasakan mukanya
basah.
“Adik, bangun dah lewat sangat dah ni. Dah pukul tujuh
pagi dah ni. Bangun!!! Dah lah baju belum bergosok, buku belum disimpan, bangun
adik!!” kedengaran suara umi berteriak.
‘Eh,kenapa Umi yang kejutkan aku? Mana perginya MaidBot?
Bukankah bajuku sudah siap tergosok?’ bermacam-macam soalan bermain di fikiran
Faezah.
Faezah segera menuju ke bilik air di rumahnya. Tiba-tiba,
“Gedebukk!” “Aduh, sakitnya! Kenapa lantai ini licin
sangat. Bukankah lantai sentiasa kering?”omel Faezah. Dia memerhati di
sekeliling tandas. ‘Kenapa tandas jadi sempit? Kenapa air ni sejuk
sangat,kenapa lantai ni licin? Mana perginya haruman aroma terapi? Kenapa? Kenapa?
Kenapa?’ Faezah hairan memikirkannya.
Setelah selesai mandi,Faezah bersiap-siap untuk pergi ke
sekolah. Semasa menikmati sarapan, Faezah bertanya kepada uminya “Umi, mana
perginya MaidBot? Dia rosak ke?”
“MaidBot ? MaidBot tu apa?” Puan Jamaliah kehairanan.
“MaidBot la. Orang gaji robot kita tu.” Jelas Faezah.
“Orang gaji robot apa pula budak ni. Faezah Nur Atiqah
yang disayangi, kita sekarang berada tahun 2013. Mana ada robot. Kalau nak
tengok robot,kena pergi Jepun dulu. Awak ni mengigau lagi agaknya!” bebel Puan
Jamaliah.
Faezah terpana. Baru dia sedar bahawa dia bukan lagi
berada pada tahun 2060,sekarang dia berada pada tahun 2013. Faezah tersenyum
sendiri.
“Sudah,cepat makan. Ayah dah tunggu kat luar tu.” Teriakan
Puan Jamaliah dari dapur mematikan lamunan Faezah. Faezah mendapatkan begnya
yang sarat dengan buku.
Di sepanjang perjalanannya, Faezah tidak habis-habis
tersenyum sendiri apabila teringat akan pengembaraannya di masa hadapan. Dia berharap
pengalaman tersebut akan berulang lagi .
~ TAMAT~
hahaha ,~ tahz, ade ejaan yg salah perkataan "masuk" tahz cari la sendiri. Best la crita tahz..tpi 2060 bkn kita dah 61 thun ke? haha
BalasPadam#nice cerpen
ye ke ??? ah lantaklah ..mmg byak slah eja n grammar pon...
BalasPadam