assalamualaikum . .
alhamdulillah Cik Tahz baru selamat sampai
dari menghadiri Haluan Youngstar Annual Gathering kat Pendang Lake Resort,Kedah
Darul Aman . Alhamdulillah, saya semakin berasa dekat dengan Allah dan faham
maksud sebenar Mencari Mardhatillah. insyaAllah hari ini CT akan berkongsi suka
duka CT selamat 2 hari 1 malam berada di sana .
Alhamdulillah CT bertolak dari masjid Kubang Kerian pada pukul 8.45 malam . ketika dalam perjalanan, satu pengalaman yang CT tidak boleh lupakan ialah CT termuntah dalam bas. CT pun pelik kerana CT ni jenis yang susah nak muntah. Bukan sekali, tetapi dua kali. Nasib baik ada sahabat baik Ct , Mahfuzah yang senantiasa menemani CT. Syukran jazilan ukhti! dua kali CT kejutkan dia kerana CT muntah. Dialah yang susah payah tolong carikan plastik untuk Ct muntah. sepanjang Youngstar nie, CT sedar CT banyak susahkan dia.terima kasih sahabat ! Kami selamat sampai ke Destinasi kira-kira pukul 4.30 pg. kami antara negeri terawal yang sampai. kami ditempatkan dalam satu dorm bersama negeri Selangor, Terengganu dan Kelantan.
Sepanjang program tersebut, CT banyak
belajar erti Mencari Mardhatillah. Antaranya, kita bukan hanya perlu menjadi
bintang di hadapan manusia , tetapi menjadi bintang di hadapan illahi . CT juga
faham apakah erti CINTA ? Cinta bukan sahaja spesifik untuk lelaki dan
perempuan, tetapi, CINTA itu untuk Rabb, Rasulullah dan ibubapa kita juga.
Pada hari terakhir , slot yang paling
mencuit hati Ct ialah slot sharing moments. CT sangat kagum dengan para remaja
yang sangat berani untuk tampil ke hadapan berkongsi pengalaman mereka. CT
berazam bahawa satu hari nanti CT mahu jadi berani dan boleh bercakap di
khalayak ramai seperti mereka. Pada majlis penutup , ada penyampaian hadiah bg
mereka yang menyertai pertandingan. alhamdulillah, peserta dari negeri Serambi
Mekah (KELANTAN) banyak memenangi pertandingan . tahniah kpd semua yang menang
terutamnya sahabat CT , MAHFUZAH HAMIZAH yang mendapat tempat ketiga
pertandingan video.
Selepas majlis penutup berakhir, kami
bertolak pulang. Sekali lagi dalam perjalanan pulang, CT berasa mual-mual. tapi
kali ni tak lah sampai termuntah. kami sampai ke HOMESTAY BERKAT di Gaal, Pasir
Puteh pada pukul 1 pg . Kami menginap di situ semalaman . CT terharu dengan
budi pekerti Pak cik Mahmud dan Mak Cik Nah yang sangat mulia. mereka melayan
kami seperti keluarga sendiri.CT dapat memahami apakah erti Ukhuwah Islamiah
yang sebenar. Pada pagi keesokan hari , Mak Cik Nah sediakan makan pagi untuk
kami. memang mantap lar masakan Mak Cik Nah. okayy !! setakat nie jer kot
sharing moment dari CT.
P\s : Jujur Ct cakap CT tak berapa
bersemangat untuk program ini . Ada suara-suara halus syaitan laknatullah yang
seolah-olah menghasut diri ini agar tidak menyertai acara yang menjadi salah
satu taman syurga ini. Tetapi alhamdulillah, dengan dorongan dan sokongan
semangat yang sangat luar biasa dari Umi , Baba dan adik-beradik CT yang lain,
telah menimbulkan satu semangat dan Iltizam untuk tidak menghampakan mereka.
Umi CT pernah berkata kpd CT yang beliau sangat bersyukur kerana Ct telah
terdedah dengan suasana yang sepatutnya. Umi saya berkata bhawa beliau sangat
terharu dengan layanan ahli HALUAN yang sangat ramah. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan